Sabtu, 12 Oktober 2013

INSAN YANG BERNAMA KEKASIH ...

kita tidak tahu .. apa yang akan berlaku pada kita suatu masa nanti .. Rahsia ALLAH itu indah ... kita sebagai hambanya hanya mampu terima dan redha terhadap apa juga halangan dan dugaan yang mendatang .. hidup aku penuh dengan dugaan .. tapi apa-apa pun aku kene jugak dengar cakap mak dan ayah aku ,, aku tak mampu nak lawan cakap keluarga .. walaupun aku tak suka ..

 
 
 
walaupun ini bukan kemahuan diriku ...
tapi ini semua sudah terjadi dan aku tidak berdaya untuk buang ..
walau apapun yang terjadi aku terpaksa tempuh ...
 
 
 
" awak saya minta maaf  banyak sebab saya dah khianati cinta antara awak dengan saya tanpa saya sedar .. hanya tuhan yang tuhan apa yang saya rasa dan saya cuba pertahankan selama ini .. saya hanya mampu berdoa agar saya diberikan kekuatan untuk tempuh dugaan yang mendatang ... andai kali ini saya terpaksa merasai kesakitan yang saya pernah rasa dulu untuk kesekian kalinya .. saya redha ... saya doakan kebahagiaan awak sehingga keakhir zaman .."


Khamis, 12 September 2013

aku terima andai ini takdirku

11.09.2013 .. akhirnya dia mengakui bahawa dia tidak seperti dulu lagi .. setelah genap setahun perhubungan aku dan dia pada 9.9.2013 ...aku rindukan dia yang dulu .. aku perlukan dia yang dulu yang boleh membimbing aku ke jalan yang benar ... tapi hakikatnya aku bermimpi di siang hari ... hati aku begitu hancur ... akhirnya orang yang aku sayang pergi tinggalkan aku




 
 
 
aku memohon agar dia gembira bersama orang yang disayangi 
 
 
 

Khamis, 8 Ogos 2013

AKU DALAM DILEMA TAKDIR CINTA ...


AKU DAN DIA



Nama dia  shah . Dia merupakan kawan sekerja aku dulu . Aku pernah jatuh hati dengan dia disebabkan sifatnya yang pendiam serta cara dia menarik minat aku . Aku cuba nak selami hati dan jiwa dia tetapi aku tak berjaya untuk dapatkan hatinya . Aku kagum dengan prinsip dia yang tak mudah menerima cinta . Aku yakin sesiapa yang dipilih olehnya  bertuah kerana dia juga merupakan seorang yang setia . Pelbagai kenangan aku bersama dia . Aku tak tahu Kenapa aku boleh sayangkan dia , tapi sekarang segala persoalan yang bermain difikiran aku tentang perasaan dia terhadap aku telah terjawab juga . Waluapun bukan itu yang aku harapkan tapi aku tak kan sia-siakan peluang yang telah diberikan . Aku akan jadikan dia sebagai kawan atau sahabat aku sampai bila-bila . Aku doakan agar dia bahagia selamanya . Walauapa pun yang terjadi aku tetap akan simpan setiap detik bersama dan kenangan kami bersama , tak akan aku lupakan . Dan sekarang aku akan teruskan hidup aku seperti biasa tanpa rasa itu . Aku akan buang perasan itu jauh-jauh dari hidup aku . Aku tak nak rosakkan sebuah persahabatan yang telah aku bina bersama dia dengan penuh kasih sayang . Dan sekarang aku akan belajar untuk melupakan perasaan aku terhadapnya kerana aku lebih menyayangi sebuah persahabatan daripada sebuah percintaan ... 
"Shah eyqa terima dan hormat keputusan shah , dan eyqa harap eyqa boleh jadi sahabat susah dan senang shah . Tiada rahsia antara kita ..."




"aku akan menghargai sebuah persahabatan
yang telah kita bina bersama..
sesungguhnya dikau sahabatku sehingga keakhir hayatku ..."




Nafasmu bermulanya langkahku
Menghembus kata dari hatiku
Dimana takdir ini menyatukan kau dan dia
Dalam hati yang mencari cinta

Usah kau tangisi perpisahan
Aku merasai cinta
Aku kau dia bahagia rasa
Bersatu dalam cinta yang membara
Biar sakit ku kerna cinta
Ternyata untuk yang sempurna

Berat jua rasa bersatu
Walaupun sedar akan menghilang
Dimana takdir ini memisah kau dan aku
Hanya cinta kekal yang ku harapkan


Dunia ini hanya tuk sementara saja
Pasti ada kenangan kita berdua
Namun hati tak pernah mengharapkan
Kerna ku tau dirimu kini mencintainya

Biar sakit ku kerna cinta
Bahagia aku kau dan dia

Aku kau dia bahagia rasa
Bersatu dalam cinta yang membara
Ohh.. biar sakit ku kerna cinta
Bahagia aku kau dan dia
















Isnin, 29 Julai 2013

hari-hari yang biasa ...

Hari ini aku rasa biasa jew .. tak ada apa yang istimewa sangat .. Tapi final akan dekat , persiapan pun belum dibuat lagi .. Kadand-kadang aku malas nak belajar tapi nanti exam aku juga yang susah .. Pling sana paling sini .. Semalam merupakan hari yang amat mencabar hati aku serta keimanku... Hanya dengan menanggis sahaja dapat melegakan rasa sakit dalam hati aku ini ... aku rasa tenang sedikit apabila  aku buat solat taubat .. aku rasa terlampau banyak dosa yang telah aku lakukan dengan semua orang ..

hati aku masih sakit lagi ..
hati aku terasa macam mati ..
kadang-kadang aku terfikir yang tak ada guna aku hidup dalam dunia ini ..
hanya kerna sakitkan hati oraang lain ..
aku cuma boleh berdoakan untik orang yang aku sayang ....
   

Ahad, 21 Julai 2013

KENANGAN BERSAMA KAWAN ...

Sepanjang perjalanan aku sebagai pelajar ,, pelbagai pengalaman yang dapat aku pelajari .. Aku dapat lihat gelagat yang pelbagai-pelbagai jenis ... Kalau dulu , aku hanya kenal dunia aku iaitu rumah aku , tapi sekarang aku dapat kenal dengan dunia luar ..Setiap manusia mempunyai cara masing-masing dalam meneruskan kehidupan .. Dalam proses mengenali hati manusia luar , aku juga mempunyai kawan sekursus dengan aku dan juga merupakan kawan serumah dan sebilik dengan aku . tapi yang paling aku rapa sekali KIM .. Dialah kawan baik aku . Susah senang dengan dia jewla .. Dia bukan melayu atau cina tapi dia adalah kacukan cina siam .. Dia comel sangat , manja orangnya ... Aku dah anggap dia macam adik aku sendiri ...

Tapi walau macam mana pun aku tak akan lupakan kawan-kawan aku yang lain .. Dorang juga yang mewarnakan kehidupan aku dengan gelagat dorang yang pelbagai itu .. Kadang-kadang bila difikirkan balik kadang-kadang nak marah juga ,, tapi rasa lucu pulak mana taknya , yang sorang itu peramah sangat sampai semua orang dia nak tegur , yang sorang itu dengan sikap manjanya yang kadang-kadang terlebih pun ada .. yang sorang lagi terlampau taksub dengan sesuatu .. HUhUhuHu ...@_@ ,, macam-macamlah kadang-kadang pening juga bila difikirkan ...
     


Dalam kerinduan ..

Aku amat merindiu dia . Tuhan sahaja yang tahu bertapa aku merindui dia .. Tapi apakan daya , aku tak mampu nak lakukan apa-apa ... :( Betul kata orang , bila dia depan mata kita , kita tak hargai pun .. bila dah tak ada ber nak tercari-cari ... Aku doakan dia bahagia walaupun kemana dia berada ....
Aku tahu kenapa , kadang-kadang aku teringat setiap detik dan waktu bilaaku bersama dia ??? Terlintas difikiran juga , adakah dia dapat rasa apa yang aku rasa ??? Tapi kadang-kadang aku terasa gak yang waktu aku dengan dia terhad ... :( ,, tapi nak buat macamkan .. dah itu kehendak dia .. asalkan dia bahagia ... 
"Awak saya doakan kebahagiaan awak " ....

Semoga akan ada kebahagiaan untuk dirimu sayang suatu hari nanti ... :)
Dikau sentiasa memberi daku penawar ketika dalam kesusahan  ,
dikau juga sentiasa memberikan daku semangat untuk meneruskan hidupku ,
dikaulah seorang insan yang mempunyai hati yang cekal dalam menempuh cabaran hidup didunia ini serta baik hati .. 







HARI-HARIKU ...

Alhamdulilah hari hari pertama aku menghadapi mid sem . Mudah-mudahan apa yang aku tulis betul la .. Hari ini macam biasa , lepas habis exam aku terus balik rumah . Letih sangat hari ini , nak-nak bulan puasa , cuaca pulak panas !! huhuhu :( .. Sabar jela ... Ini merupakan blog aku yang pertama , jadi banyak benda lagi yang perlu aku belajar .. Maklum la , orang baru nak kenal dunia siber .. Kadang-kadang aku suka berkongsi apa sahaja yang bagi aku menarik , memberi teladan dan benda-benda yang baik bagi aku .. hehehe ^_^  ... Aku amat sukakan haiwan terutama sekali kucing .. Bagi aku kucing comel , manja ... Lagi pun kucing adalah haiwan kesayangan Nabi kita ...



    

Jumaat, 19 Julai 2013

TENTANG KAMI

Hampir setahun juga aku berkawan baik dengan kawan baik aku iaitu KIM . Walaupun kami berlainan agama , adat serta cara hidup yang berbeza namun kami tetap bersahabat baik . Dialah satu-satunya kawan ketika susah senang . Bukannya aku tidak mempunyai kawan yang lain , tetap aku lebih rapat dengan KIM . KIM adalah seorang baik hati , bertimbang rasa , menghormati yang tua dan merupakan seorang yang manja . Kami sangat rapat , pendek kata ke mana aku pergi KIM mesti ada bersama aku kecuali yang berkaitan dengan urusan pelajar aku . Namun , walaupun kami berlainan kursus , kami selalu meyiapkan tugasan bersama , berkongsi pendapat . Kadang-kadang ada juga terasa hati dengan dia , tapi aku faham tak semua manusia sempurna . Kami berdua saling lengkap melengkapi antara satu sama lain . 
 Banyak kenangan aku bersama dengan KIM . Mudah-mudahan tali persahabatan kami tidakkan putus . Namun aku juga tak akan lupa pada kawan-kawan aku yang lain , sebab kerana dorang semua hidup aku jadi berwarna-warni dengan pelbagai ragam . Banyak teladan yang aku dapat dalam sesebuah perhubungan . Suka duka , susah senang telah aku lalui bersama dorang . TERIMA KASIH KAWAN ..

AKU BERGELAR SEORANG PELAJAR IPTS ..

Pelbagai dugaan telah aku hadapi semasa bergelar seorang pelajar  . Dari mula aku melangkah masuk ke kolej sampai sekarang banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa aku tempuh demi mencapai kejayaan yang aku idamkan .Ayah aku sanggup buat apa sahaja asalkan aku dapat sambung pelajaran aku . Genap setahun sudah aku digelar seorang pelajar . Walaupun aku hanya anak tunggal tapi aku tetap merasai kehidupan susah . Aku bukannya anak orang senang .Tidak semua yang aku nak aku dapat . Tapi aku bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang sangat penyayang . 
Aku bukan sahaja mempunyai keluarga yang bahagia tapi aku juga mempunyai sahabat yang sentiasa bersama aku . Aku mula kenal dia masa dia mula-mula masuk asrama . Dia pelajar baru . masa itu , aku hanya senyum pada dia , sebab aku seorang yang jenis tak pandai nak bergaul sangat pada masa itu . Aku mula rapat dengan dia semasa kami terpaksa keluar dari asrama dan berpindah ke rumah sewa disebabkan masalah .