Jumaat, 19 Julai 2013

AKU BERGELAR SEORANG PELAJAR IPTS ..

Pelbagai dugaan telah aku hadapi semasa bergelar seorang pelajar  . Dari mula aku melangkah masuk ke kolej sampai sekarang banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa aku tempuh demi mencapai kejayaan yang aku idamkan .Ayah aku sanggup buat apa sahaja asalkan aku dapat sambung pelajaran aku . Genap setahun sudah aku digelar seorang pelajar . Walaupun aku hanya anak tunggal tapi aku tetap merasai kehidupan susah . Aku bukannya anak orang senang .Tidak semua yang aku nak aku dapat . Tapi aku bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang sangat penyayang . 
Aku bukan sahaja mempunyai keluarga yang bahagia tapi aku juga mempunyai sahabat yang sentiasa bersama aku . Aku mula kenal dia masa dia mula-mula masuk asrama . Dia pelajar baru . masa itu , aku hanya senyum pada dia , sebab aku seorang yang jenis tak pandai nak bergaul sangat pada masa itu . Aku mula rapat dengan dia semasa kami terpaksa keluar dari asrama dan berpindah ke rumah sewa disebabkan masalah .
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan