Isnin, 29 Julai 2013

hari-hari yang biasa ...

Hari ini aku rasa biasa jew .. tak ada apa yang istimewa sangat .. Tapi final akan dekat , persiapan pun belum dibuat lagi .. Kadand-kadang aku malas nak belajar tapi nanti exam aku juga yang susah .. Pling sana paling sini .. Semalam merupakan hari yang amat mencabar hati aku serta keimanku... Hanya dengan menanggis sahaja dapat melegakan rasa sakit dalam hati aku ini ... aku rasa tenang sedikit apabila  aku buat solat taubat .. aku rasa terlampau banyak dosa yang telah aku lakukan dengan semua orang ..

hati aku masih sakit lagi ..
hati aku terasa macam mati ..
kadang-kadang aku terfikir yang tak ada guna aku hidup dalam dunia ini ..
hanya kerna sakitkan hati oraang lain ..
aku cuma boleh berdoakan untik orang yang aku sayang ....
   

Ahad, 21 Julai 2013

KENANGAN BERSAMA KAWAN ...

Sepanjang perjalanan aku sebagai pelajar ,, pelbagai pengalaman yang dapat aku pelajari .. Aku dapat lihat gelagat yang pelbagai-pelbagai jenis ... Kalau dulu , aku hanya kenal dunia aku iaitu rumah aku , tapi sekarang aku dapat kenal dengan dunia luar ..Setiap manusia mempunyai cara masing-masing dalam meneruskan kehidupan .. Dalam proses mengenali hati manusia luar , aku juga mempunyai kawan sekursus dengan aku dan juga merupakan kawan serumah dan sebilik dengan aku . tapi yang paling aku rapa sekali KIM .. Dialah kawan baik aku . Susah senang dengan dia jewla .. Dia bukan melayu atau cina tapi dia adalah kacukan cina siam .. Dia comel sangat , manja orangnya ... Aku dah anggap dia macam adik aku sendiri ...

Tapi walau macam mana pun aku tak akan lupakan kawan-kawan aku yang lain .. Dorang juga yang mewarnakan kehidupan aku dengan gelagat dorang yang pelbagai itu .. Kadang-kadang bila difikirkan balik kadang-kadang nak marah juga ,, tapi rasa lucu pulak mana taknya , yang sorang itu peramah sangat sampai semua orang dia nak tegur , yang sorang itu dengan sikap manjanya yang kadang-kadang terlebih pun ada .. yang sorang lagi terlampau taksub dengan sesuatu .. HUhUhuHu ...@_@ ,, macam-macamlah kadang-kadang pening juga bila difikirkan ...
     


Dalam kerinduan ..

Aku amat merindiu dia . Tuhan sahaja yang tahu bertapa aku merindui dia .. Tapi apakan daya , aku tak mampu nak lakukan apa-apa ... :( Betul kata orang , bila dia depan mata kita , kita tak hargai pun .. bila dah tak ada ber nak tercari-cari ... Aku doakan dia bahagia walaupun kemana dia berada ....
Aku tahu kenapa , kadang-kadang aku teringat setiap detik dan waktu bilaaku bersama dia ??? Terlintas difikiran juga , adakah dia dapat rasa apa yang aku rasa ??? Tapi kadang-kadang aku terasa gak yang waktu aku dengan dia terhad ... :( ,, tapi nak buat macamkan .. dah itu kehendak dia .. asalkan dia bahagia ... 
"Awak saya doakan kebahagiaan awak " ....

Semoga akan ada kebahagiaan untuk dirimu sayang suatu hari nanti ... :)
Dikau sentiasa memberi daku penawar ketika dalam kesusahan  ,
dikau juga sentiasa memberikan daku semangat untuk meneruskan hidupku ,
dikaulah seorang insan yang mempunyai hati yang cekal dalam menempuh cabaran hidup didunia ini serta baik hati .. 







HARI-HARIKU ...

Alhamdulilah hari hari pertama aku menghadapi mid sem . Mudah-mudahan apa yang aku tulis betul la .. Hari ini macam biasa , lepas habis exam aku terus balik rumah . Letih sangat hari ini , nak-nak bulan puasa , cuaca pulak panas !! huhuhu :( .. Sabar jela ... Ini merupakan blog aku yang pertama , jadi banyak benda lagi yang perlu aku belajar .. Maklum la , orang baru nak kenal dunia siber .. Kadang-kadang aku suka berkongsi apa sahaja yang bagi aku menarik , memberi teladan dan benda-benda yang baik bagi aku .. hehehe ^_^  ... Aku amat sukakan haiwan terutama sekali kucing .. Bagi aku kucing comel , manja ... Lagi pun kucing adalah haiwan kesayangan Nabi kita ...



    

Jumaat, 19 Julai 2013

TENTANG KAMI

Hampir setahun juga aku berkawan baik dengan kawan baik aku iaitu KIM . Walaupun kami berlainan agama , adat serta cara hidup yang berbeza namun kami tetap bersahabat baik . Dialah satu-satunya kawan ketika susah senang . Bukannya aku tidak mempunyai kawan yang lain , tetap aku lebih rapat dengan KIM . KIM adalah seorang baik hati , bertimbang rasa , menghormati yang tua dan merupakan seorang yang manja . Kami sangat rapat , pendek kata ke mana aku pergi KIM mesti ada bersama aku kecuali yang berkaitan dengan urusan pelajar aku . Namun , walaupun kami berlainan kursus , kami selalu meyiapkan tugasan bersama , berkongsi pendapat . Kadang-kadang ada juga terasa hati dengan dia , tapi aku faham tak semua manusia sempurna . Kami berdua saling lengkap melengkapi antara satu sama lain . 
 Banyak kenangan aku bersama dengan KIM . Mudah-mudahan tali persahabatan kami tidakkan putus . Namun aku juga tak akan lupa pada kawan-kawan aku yang lain , sebab kerana dorang semua hidup aku jadi berwarna-warni dengan pelbagai ragam . Banyak teladan yang aku dapat dalam sesebuah perhubungan . Suka duka , susah senang telah aku lalui bersama dorang . TERIMA KASIH KAWAN ..

AKU BERGELAR SEORANG PELAJAR IPTS ..

Pelbagai dugaan telah aku hadapi semasa bergelar seorang pelajar  . Dari mula aku melangkah masuk ke kolej sampai sekarang banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa aku tempuh demi mencapai kejayaan yang aku idamkan .Ayah aku sanggup buat apa sahaja asalkan aku dapat sambung pelajaran aku . Genap setahun sudah aku digelar seorang pelajar . Walaupun aku hanya anak tunggal tapi aku tetap merasai kehidupan susah . Aku bukannya anak orang senang .Tidak semua yang aku nak aku dapat . Tapi aku bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang sangat penyayang . 
Aku bukan sahaja mempunyai keluarga yang bahagia tapi aku juga mempunyai sahabat yang sentiasa bersama aku . Aku mula kenal dia masa dia mula-mula masuk asrama . Dia pelajar baru . masa itu , aku hanya senyum pada dia , sebab aku seorang yang jenis tak pandai nak bergaul sangat pada masa itu . Aku mula rapat dengan dia semasa kami terpaksa keluar dari asrama dan berpindah ke rumah sewa disebabkan masalah .